Pages

Friday, February 28, 2014

*** Alhamdulillah ***

Assalamualaikum...haii. Ermmm syukur alhamdulillah kita masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya. Kita tak tahu apa jadi di hadapan tapi sentiasa la berdoa untuk di beri kelancaran perjalanan kita ini. Dan aku bersyukur walaupun diberikan kesihatan yang kurang memuaskan tapi aku masih di beri nyawa dan merasai kesakitan ini. Kesakitan yang tidak di minta dan jarang aku lalui. Mungkin ini sebahagian dosa dosa terdahulu atau yang lepas.

Alhamdulillah juga, aku di beri cabaran dalam hidup dan aku menempuhi segalanya dengan tenang walaupun ada rasa resah..kusut tapi bila mengingati Dia..dan memohon diberikan kesabaran di dalam hati..alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa walaupun keadaan tak seperti dulu.

Cabaran di dalam pekerjaan, Alhamdulillah..walaupun secara spontan mengajar bila di perhatikan tanpa di beri tahu. Dengan izin Allah dan pertolongan yang di minta..semuanya berjalan dengan lancar. Dan feedback yang di beri sungguh tak di sangka "well done" "excellent" "keep it up". In sha Allah, kalau kita ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kita buat..imbalannya yang kita terima tak kan sangka..mungkin terbaik untuk kita atau lebih baik untuk karier kita.

Kita ada Allah..Allah sentiasa ada untuk kita..Dia sentiasa melihat..mendengar rintihan mahluknya. Mohon la doa walaupun dengan cara apa pun In sha Allah akan dimakbulkan. Aaaminnnnn.

Wednesday, February 19, 2014

*** Happened in my school ***

Assalamualaikum wbt

KERASUKKAN

where it's happened in my school

we do not expect this will be happen

but this is an experience for us at that time.

But what really surprised me when our headteacher yell for help 

" Cikgu Khairul!! Cikgu Khairul!! Cikgu Helmi!! tolong!! ke mari!!!"

This is a first time i heard our headteacher yell..maybe she is afraid. Hihihi.

And the funny is, when i see our second headteacher run and want to get that boy. Hahaha. I laugh inside my heart. okey. hihihi.

what is not best, when the boy is kicking my stomach. Fuhhh imagine people are kerasukkan, he strong. Huhuhu..very hurt.

Now everything okey. Hope its not be happened again.


Until here. Thankz. SYS.


P/S : aku aku perlu cinta dari mu kamu buat penyeri hari hari ku..
Oh kamu..kamu adalah sumber ilham ku aku ingin bersamamu di setiap suka dukamu.

Sunday, February 16, 2014

*** Aktiviti awal pagi ini ***

Assalamualaikum wbt

Today I sent my parents to the airport.

Dad have course at Singapore. 

Just for 6 days only.



 My Self


 Before arrived to the airport, we breakfast first.


My parents.


Miss dem right now. 

Fuhhh.

Hope they always ok there. 

And see dem next week In sha Allah.

And miss u also. You know who you are.











 
P/S : aku gagal lagi main ccs level..level bepa dah nih. Lupa. hihihi





Saturday, February 15, 2014

*** Rajin pulak ***

Assalamualaikum wbt

Ermm lately nih aku rajin pulak update blog. Ntah kenapa. Aku sendiri tertanya kenapa? Tapi tak kisah la. Yang penting aku update..orang baca or tak tu belakang punya cerita. Cerita sekarang aku dah buat dia marah..buat dia merajuk...buat dia hilang mood. Sepatutnya memang tak leh la aku nak cakap pasal benda yang dah lepas tapi ntah napa ringan ja rasa tu bercakap. Dan sekarang susah pulak nak dapat maaf dari dia. Aku text dia pun..pendek ja replynya. Jam sekarang nih dia tengah keja..better jangan kacau dulu tapi sekejap sekejap tengok wassap dia (kes rindu kali).

Next cerita, yang aku dapat dari newspaper tentang our school. Sempat juga la snap...hihihi.

 Nih jemputan yang sempat aku copet. Hihihi.

Mentei Pendidikan at our school but i'm not in that school at that time. Feel hot if i remember that again (is my english wrong?:D).

 Menteri Pendidikan

Okey sampai di sini dulu. SYS.

P/S: Menunggu text dari dia...tak ada. Tapi tak pa la. Take time. Jangan kacau dia. Give her space.  *tutup mata dan ingat dia*


Thursday, February 13, 2014

*** Nothing to do ***

Assalamualaikum wbt

Berjumpa lagi kita hari nih bepa jam kemudian. Hahahaha. Macam kanak kanak ribena la pulak. Tak sesuai. Kena ajuk aku nanti.


Ini la yang aku buat dari tadi. Pagi driving..petang mula rasa bosan. Buka la laptop and taraaaaa. Wat entri blog. hihihi


P/S : mau siap siap kan magrib.

*** Tentang Hari Ini ***

Assalamualaikum w.b.t.

Entri panjang pendek nih saja untuk hari nih. Sebab aku tengah boring..once again BORING. Hahhaa...macam stress pulak bila rasa boring nih. Aiyaaaa...wat kaja stress tak wat kaja stress. Macam macam betul la.Tapi sekarang nih aku ada masa pulak wat entri blog sebab aku tengah free. 2 3 hari sebelum nih aku bizi ngan keja sekolah. Keja sekolah bukan mengajar..bukan marking tapi dengan latihan hari penyerahan bendera kecil kepada 4 buah sekolah termasuk sekolah aku. 

Hanya Tuhan saja yang tahu kepenatan kami. Paling letih di hari terakhir persiapan sebelum event berlangsung (hari nih). Macam macam kena settlekan. Almaklum everthing must look perfect. Ada yang stay sampai ke malam dan aku surrender just sampai petang ja. Sebab rasa dah nak demam..kepala dah mula sakit.

Hari nih event di sekolah. Banyak spoil. Spoil sebab aku kena ganti guru untuk event di bandar. Muzikal Drama. Letih letih aku settle kan persiapan untuk event di sekolah last last hari nih kena suruh ke bandar ganti guru. Alahaiiii. Walaupun rasa tak bepa ok tapi kena juga la. Menolong kan kalau tak tolong nanti mereka berkata kata. Tapi yang paling aku rasa sakit hati dan tak puas hati bila aku dah nak sampai ke bandar ada call beritahu " mie nda payah tah ko turun bandar..kami saja tah handle murid d cni" What The H***. Spoil. Ingat dekat bandar n KB. Macam lima minit ja kan..suka ku ngan cara dorang ani. Amalkan selalu. Mau marah lama lama pun apa guna hari hari gak la jumpa muka mereka. Just forget it.

Next event masih dengan acara hari kebangsaan tapi tak tahu hari apa. Rasa nya kalau macam nih hari hari baik tak payah mengajar la kan..murid tak payah belajar. Sibuk dengan acara sekolah ja sepanjang tahun. Ataupun ajar murid tentang persiapan acara dalam sekolah. Hahaha. Kes sakit hati. Pengajaran banyak tinggal. Kena catch up dari mula, almaklum murid nih kalau dah tak belajar bepa hari cepat lupa. 

Until here i writing..i typing. SYS. 

P/S: Rasa mau wat entri pendek tapi dah terbiasa wat panjang...layan ja la. Mau kacau si dangan tu petang petang cam nih macam takut salah timing lak. Nanti kena marah pulak tak pasal pasal.

Sunday, February 9, 2014

*** Big Present ***

Assalamualaikum

Haaaaaa...baru mau melupakan pasal blog. Tetiba lak teringat kan. Nasib baik tapi macam kena ingat pulak hahaha. Astagfirullah Al'haziim. tersengih aku wat entry nih. Entah kenapa...aku tak tahu..hihiihi. Aiiiii..stop laughing please!! hihihiihi..

Next entry nih aku nak share 1 present..hadiah..kira big present. Tak sangka sebenarnya dapat hadiah nih. Oh My God. OMG! OMG! Sepanjang hidup 19tahun ( make our self like young...cikgu english ngam ka? hihihih) dapat hadiah yang macam nih. Ingat hadiah yang nih aku dapat lepas aku kawen rupanya jeng! jeng! jeng! So very thnkz to my stepfather tapi aku tak anggap dia stepfather..aku or kami anggap dia bapa..ayah..abah kandung. Walaupun ayah dah lama tak ada..dia la pengganti hero..idola dan ketua keluarga. Sekali lagi terima kasih..thank you abah@babah for the big present. Jangan jemu jemu bagi lagi present yang besar besar...rumah ka..hihihihi.

my abah@babah

 Ford Ranger

 dapat kereta baru kena ada style

Ok tak? hihihi

Sampai sini saja dulu. Next entry be coming soon. Hihihihi. Tadi mata rasa kan mengantuk tapi bila dah wat entry nih..hilang dah rasa tu. Kena cari mood ngantuk la jawab nya nih. Aku seru! Datang la!

P/S: Tengok Facebook mau main itu CCS Candy Crush Saga...tengok Level la..hihihi

*** Apa yang berlaku... ***

Assalamualaikum

Permulaan setiap bicara yang akan diajukan...dilontarkan...dikeluarkan dari mulut seorang muslim dan muslimat. (intro beb)

Okey bulan Januari telah melabuhkan tirainya. Suka duka tangis tawa sentiasa mengiringi perjalanan hidup aku sepanjang bulan januari. Dengan sokongan ahli keluarga dan kata-kata semangat mereka sentiasa bermain di dalam diri aku..di dalam ingatan aku. Di atas sejadah aku bermohon di beri kekuatan..kesabaran..ketenangan untuk semua ujian..dugaan yang hadir tanpa di undang. 

Masalah demi masalah...dugaan demi dugaan..ujian demi ujian hadir dari pelbagai bentok. Masalah kerja..masalah keluarga..masalah diri aku sendiri. Aku boleh katakan masalah kerja bila pada awal bulan nih memang banyak. Tanggungjawab dan tugas yang di beri kena laksanakan tanpa rela hati. Mana mau handle tugas...handle murid..handle kerja tuk mengajar. Ini la perasaan aku sepanjang bulan januari on the way ke bulan februari. Hihihi.

minggu pertama dan kedua boleh mengajar lagi. Cuma nak cari bahan ngajar tuk tahun 4 je aku masih tercari-cari dan masih mengulang kaji. Haaaa bukan je murid perlu ulangkaji..cikgu pun perlu. Sebab apa yang di ajar nanti tak salah.  

 masuk minggu ketiga kepala mula pusing. Ini bukan apa, sebab nya banyak buku kena marking. Nak beri short test kat student, sejauh mana kefahaman mereka sepanjang pengajaran aku. Pastu lesson ada clash sikit dengan  acara kat sekolah.

Minggu ke 4 dan dah masuk bulan februari mula sibuk dengan acara besar. For National Day iaitu penyerahan bendera-bendera kecil kepada 2 ke 3 buah sekolah termasuk sekolah aku dalam daerah belait nih. Pengajaran ketinggalan, students ada yang involve dalam acara nih nanti.

Ok la nih ja dulu entry aku for today. Next entry will be coming soon. And sorry kalau ada ayat yang bercampur dengan english. Biasa la tu kan, blog bukan formal sangat..blog suka suka hati aku la kan. Hahahaha. Ada aku peduli. :D :D :D

P/S: nak tambah entry baru kejap lagi maybe lepas maghrib nih or lepas isyak nanti. In sha Allah.

Sunday, January 19, 2014

Lagu lagu qasidah.

Assalamualaikum

Selamat pagi.

Tergerak hati nak buat entry di hujung pagi hari minggu nih. Sekejap lagi dah nak tengahari.  Walaupun kepala  nih ngah sakit tapi di gagahi/ dicekalkan jua. Ya la kan..kalau nak rehat kepala nih dari tak memikirkan semua benda memang tak boleh. Otak akan sentiasa berfikir itu kenyataannya. Dengan kata lain, jangan memanjakan diri sendiri, sekali sekala kena la berkeras.

Lately nih ermm akhir-akhir nih aku macam terbuai dengan lagu-lagu qasidah, bermulanya di dalam laman youtube, di dalam radio. Ntah kenapa, aku pun berfikir, kenapa sebelum nih aku tak meminati lagu-lagu qasidah. And now, telinga aku 'terbuka' dengan mendengar alunan lagu lagu qasidah. Subhanallah. MasyaAllah. Alunannya menenangkan jiwa, hati , fikiran. Ayat-ayat yang banyak makna tanpa aku sedari selama aku hidup. Astagfiruallah. Sungguh jahil aku di bumi ciptaan Mu Ya Allah. Aku hanya menunaikan setiap suruhan Mu tapi aku tak pernah ambil tahu makna setiap ayat-ayat Al-quran ciptaanMu.

La Tahzan Rabbuna Ma'ana
La Tahzan Innallaha Ma'ana
"Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita"

Ini lagu yang pertama kali aku dengar bila telinga nih ingin mendengar lagu lagu keagamaan. MasyaAllah video mengenai bumi gaza, mempertahankan bumi gaza yang sentiasa berjuang fisabilillah.

Ya hanana 
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
"Betapa Beruntungnya Kami 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT"

Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
 Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


Ya Badrotim
"Wahai Purnama"

Aku belum dapat memahami maksud qasidah ini. Adakah maksud nya ahklak umat Nabi Muhammad atau junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.?

Rasa nya sampai di saja aku dapat share lagu lagu qasidah yang baru aku dengar. In sha Allah, kemudian hari aku share lagi. Andai salah pemahaman, maksud, mohon dimaafkan. Yang baik dari Allah..yang buruk dari saya sendiri. Assalamualaikum.

P/S : Tengahhari baru siap wat entry nih. Ingat mau siapkan before tengahhari. Itu la kita hanya merancang.

Monday, January 13, 2014

*** Apa Yang Aku Rasa ***

Terhitung waktu, masa, hari, bulan dengan apa yang terjadi sekarang nih, aku minta maaf dari hujung jari ke hujung kaki  yang ada di sekeliling ku jika aku ada menyusahkan, membebankan secara langsung dan tidak langsung terutama orang yang aku sayang.

Mungkin sampai sekarang nih kamu tak pernah mengharapkan aku ada di hari hari mu. Kamu mengatakan sayang sebab kamu takut. Aku sedar kalau aku tidak pantas untuk di kenang kerana kehadiran aku hanya sesaat di hari hari mu dan tidak membawa apa apa makna pun untuk kamu. Mungkin kehadiran ku seperti pelita yang menyinari hari hari mu hanya seketika.

Jika aku dapat memilih, aku ingin kita seperti laptop yang memerlukan plug untuk terus bersama selalu (hihii). Kerana plug berusaha menghidupkan atau memberi nyawa kepada laptop. Sama seperti aku berusaha menyayangi diri mu dan mungkin sayang mu tak seperti dulu dan aku tahu kenapa sebabnya. Ingin aku mengatakan aku sayang kamu walau hanya sekali tapi keadaan belum mengizinkan. Aku cuma mampu bersabar dan terus bersabar walaupun ada ketikanya hati ku memberontak. Sebab kamu sangat bermakna wat diri aku.

 Sayang, cinta, rindu...hanya hati dan perasaan sahaja yang tahu, tahu akan keperitannya deritanya seksanya. Rahsia hati hanya Tuhan saja yang tahu dan hanya Tuhan saja tempat mengadu segala apa yang aku pendam. Mungkin hati ini akan tenang bila hasrat disampaikan atau diri ini di jemput Illahi. Andai aku masih kamu sayang..andai aku masih kamu rindu..kamu ucap lah dengan hanya satu perasaan yang betol betol lahir dari hati.

Sampai sini saja luahan hati aku yang tak seberapa. Mungkin ini hanya setengah saja perasaan dari hati aku. Terima kasih sebab kamu membahagiakan aku..sebab kamu hadir dalam hidup aku. Hanya kamu sentiasa dalam hati aku dan kamu tahu itu. " bby, abg sayang bby sangat sangat..abg nak sangat cakap benda nih arah bby hari hari macam dulu tapi abg faham keadaan bby sekarang. Biar lah abg pendam saja" Aku akan tetap tunggu kamu, Nurizan Amit.


P/S : mlm nih dia macam marah aku..merajuk ngan aku. huhu. minta maaf bby syg. tak ada niat pun bby. I love you.

Thursday, January 9, 2014

*** Rindu ***

Assalamualaikum




Aku merindui diri nya.


Diri nya yang sentiasa di sayangi.


Masih ingat kan? :)




P/S:  Ngah dengar lagu sambil menunggu mata mengantuk. Petang tadi bukan main ngantuk lagi.
 

Saturday, January 4, 2014

*** Lagu ***



Ikhlas ku nyatakan
kau yang ku cintai
kau yang ku sayangi
walau tidak mampu ku miliki
p/s : ter'bad mood dengan dia tadi. Maaf sangat sangat. Tak sedar perasaan abg cam tu.



Friday, January 3, 2014

*** What i feel? ***





It what i feel.

 So many 'sometime' but that true.

 Yup, i really miss u. Miss u fromthe bottom of my heart.

Always care of you.



P/S : Maaf kan abg dengan semua yang terjadi.

Wednesday, January 1, 2014

Happy birthday

Happy birthday to me. Yeayyyy. i'm 19 years old. Ok. Don't change it. hahahha. So thnkz to all my friends yang wish..sentiasa mendoakan aku..panjang umur..murah rezeki and cepat kawen. hihihi tak ada wish lain ka tu? apooooo. And the special one yang wish, and berharap dia orang pertama wish..pewitttt. hihihi memang dia orang pertama pun. Tengahmalam bagi wish bergambar..dah pagi bagi wish audio and text. hahaha. Pandai jua berpart wish nya. By the way thnk you so much. "happy birthday LOVE". Love tu.haha.


Perbualan.

Tinggal 21 jam saja lagi sekolah dah nak buka di brunei nih. So kerja kau as guru pun dah nak start la jua kan. (Jadi kenapa?)

Persiapkan la diri dengan dugaan yang akan kau tempuh esok. Andai kerja yang di beri nanti makin bertambah, kau jua yang stress..ya kan?! ( A'ah)

Kerja sekarang nih kau dah siapkan? (Belum..belum gerak gerak lagi nih)

Kenapa? Susahkah? (Tak susah mana pun cuma belum ada mood nak wat keja...ko membebel nih kenapa haaa? Bikin stress ja aku melayan)

Aku bukan membebel...aku just ingat kan kau saja. Ye la esok dah nak start kerja..kerja yang sekarang kau nak buat belum lagi gerak gerak. Kalau belum gerak bila nak gerak nya? (Aku tunggu mood aku datang laaa..relex relex dulu)

Mood kau nak datang tu bila?! Kalau mau relex sampai bila mau gerak nya. Kereta kalau belum dihidupkan bila nak jalannya..ya kan?! ([sesak jua aku dengan dia nih...] Ya laaa..nak start buat la nih. Ingat best ke wat keja kalau mood belum datang.)

Tolak tepi la mood tu. Siap kan keja keja kau tu baru kau layan mood kau yang tah apa apa ntah. Dari hari tu asyik mood mood mood. Bermasalah mood betol kau nih. (Biar la..yang kau sibuk nih kenapa? Mood aku bukan mood kau...adoiiiyaaaa stresss pulak aku laaaaaa)

Hahaha...aiii kesian aku tengok kau nih. Cam nih la aku nasihatkan kau. Dalam hidup nih ada kalanya kita di atas kita di bawah. Kalau kita jatuh merangkak la..merangkak sampai kita dapat bangun kembali. Mustahil hidup kita hanya di bawah saja dan mustahil hidup kita sentiasa di atas saja. Perbaiki la mind set kita. Suci kan la hati kita. dan jangan di lupa berdoa kepada Allah dalam keadaan senang mau pun susah. Dan bermohon la In Sha Allah, Dia akan kabulkan setiap permintaan kita cuma cepat ataupun lambat saja. ([Diam, hati mula tersentuh])

Sekarang dah tahun baru. Mula kan la hidup kau yang baru. Buku lama kau simpan dan tak salah kalau kau imbas kembali buku lama tu cuma jangan saja kau fikirkan. Ingat. ([Hanya menundukkan kepala dan berfikir])

Dan sekarang...siapkan keja keja kau tu. berapa jam saja lagi tinggal. (Auwww)

**Awards**

**Awards**

♥ KATA-KATA CINTA ♥

cinta lahir tanpa lafaz...cinta hadir tanpa sedar...ku genggam ku pendam...cinta semadi dalam..♥ ♥ ♥