Terhitung waktu, masa, hari, bulan dengan apa yang terjadi sekarang nih, aku minta maaf dari hujung jari ke hujung kaki yang ada di sekeliling ku jika aku ada menyusahkan, membebankan secara langsung dan tidak langsung terutama orang yang aku sayang.
Mungkin sampai sekarang nih kamu tak pernah mengharapkan aku ada di hari hari mu. Kamu mengatakan sayang sebab kamu takut. Aku sedar kalau aku tidak pantas untuk di kenang kerana kehadiran aku hanya sesaat di hari hari mu dan tidak membawa apa apa makna pun untuk kamu. Mungkin kehadiran ku seperti pelita yang menyinari hari hari mu hanya seketika.
Jika aku dapat memilih, aku ingin kita seperti laptop yang memerlukan plug untuk terus bersama selalu (hihii). Kerana plug berusaha menghidupkan atau memberi nyawa kepada laptop. Sama seperti aku berusaha menyayangi diri mu dan mungkin sayang mu tak seperti dulu dan aku tahu kenapa sebabnya. Ingin aku mengatakan aku sayang kamu walau hanya sekali tapi keadaan belum mengizinkan. Aku cuma mampu bersabar dan terus bersabar walaupun ada ketikanya hati ku memberontak. Sebab kamu sangat bermakna wat diri aku.
Sayang, cinta, rindu...hanya hati dan perasaan sahaja yang tahu, tahu akan keperitannya deritanya seksanya. Rahsia hati hanya Tuhan saja yang tahu dan hanya Tuhan saja tempat mengadu segala apa yang aku pendam. Mungkin hati ini akan tenang bila hasrat disampaikan atau diri ini di jemput Illahi. Andai aku masih kamu sayang..andai aku masih kamu rindu..kamu ucap lah dengan hanya satu perasaan yang betol betol lahir dari hati.
Sampai sini saja luahan hati aku yang tak seberapa. Mungkin ini hanya setengah saja perasaan dari hati aku. Terima kasih sebab kamu membahagiakan aku..sebab kamu hadir dalam hidup aku. Hanya kamu sentiasa dalam hati aku dan kamu tahu itu. " bby, abg sayang bby sangat sangat..abg nak sangat cakap benda nih arah bby hari hari macam dulu tapi abg faham keadaan bby sekarang. Biar lah abg pendam saja" Aku akan tetap tunggu kamu, Nurizan Amit.
P/S : mlm nih dia macam marah aku..merajuk ngan aku. huhu. minta maaf bby syg. tak ada niat pun bby. I love you.
Program kacau bubur asyura perdana 2023.
1 year ago
0 comments:
Post a Comment