Pages

Sunday, January 19, 2014

Lagu lagu qasidah.

Assalamualaikum

Selamat pagi.

Tergerak hati nak buat entry di hujung pagi hari minggu nih. Sekejap lagi dah nak tengahari.  Walaupun kepala  nih ngah sakit tapi di gagahi/ dicekalkan jua. Ya la kan..kalau nak rehat kepala nih dari tak memikirkan semua benda memang tak boleh. Otak akan sentiasa berfikir itu kenyataannya. Dengan kata lain, jangan memanjakan diri sendiri, sekali sekala kena la berkeras.

Lately nih ermm akhir-akhir nih aku macam terbuai dengan lagu-lagu qasidah, bermulanya di dalam laman youtube, di dalam radio. Ntah kenapa, aku pun berfikir, kenapa sebelum nih aku tak meminati lagu-lagu qasidah. And now, telinga aku 'terbuka' dengan mendengar alunan lagu lagu qasidah. Subhanallah. MasyaAllah. Alunannya menenangkan jiwa, hati , fikiran. Ayat-ayat yang banyak makna tanpa aku sedari selama aku hidup. Astagfiruallah. Sungguh jahil aku di bumi ciptaan Mu Ya Allah. Aku hanya menunaikan setiap suruhan Mu tapi aku tak pernah ambil tahu makna setiap ayat-ayat Al-quran ciptaanMu.

La Tahzan Rabbuna Ma'ana
La Tahzan Innallaha Ma'ana
"Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita"

Ini lagu yang pertama kali aku dengar bila telinga nih ingin mendengar lagu lagu keagamaan. MasyaAllah video mengenai bumi gaza, mempertahankan bumi gaza yang sentiasa berjuang fisabilillah.

Ya hanana 
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
"Betapa Beruntungnya Kami 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT"

Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
 Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


Ya Badrotim
"Wahai Purnama"

Aku belum dapat memahami maksud qasidah ini. Adakah maksud nya ahklak umat Nabi Muhammad atau junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.?

Rasa nya sampai di saja aku dapat share lagu lagu qasidah yang baru aku dengar. In sha Allah, kemudian hari aku share lagi. Andai salah pemahaman, maksud, mohon dimaafkan. Yang baik dari Allah..yang buruk dari saya sendiri. Assalamualaikum.

P/S : Tengahhari baru siap wat entry nih. Ingat mau siapkan before tengahhari. Itu la kita hanya merancang.

Monday, January 13, 2014

*** Apa Yang Aku Rasa ***

Terhitung waktu, masa, hari, bulan dengan apa yang terjadi sekarang nih, aku minta maaf dari hujung jari ke hujung kaki  yang ada di sekeliling ku jika aku ada menyusahkan, membebankan secara langsung dan tidak langsung terutama orang yang aku sayang.

Mungkin sampai sekarang nih kamu tak pernah mengharapkan aku ada di hari hari mu. Kamu mengatakan sayang sebab kamu takut. Aku sedar kalau aku tidak pantas untuk di kenang kerana kehadiran aku hanya sesaat di hari hari mu dan tidak membawa apa apa makna pun untuk kamu. Mungkin kehadiran ku seperti pelita yang menyinari hari hari mu hanya seketika.

Jika aku dapat memilih, aku ingin kita seperti laptop yang memerlukan plug untuk terus bersama selalu (hihii). Kerana plug berusaha menghidupkan atau memberi nyawa kepada laptop. Sama seperti aku berusaha menyayangi diri mu dan mungkin sayang mu tak seperti dulu dan aku tahu kenapa sebabnya. Ingin aku mengatakan aku sayang kamu walau hanya sekali tapi keadaan belum mengizinkan. Aku cuma mampu bersabar dan terus bersabar walaupun ada ketikanya hati ku memberontak. Sebab kamu sangat bermakna wat diri aku.

 Sayang, cinta, rindu...hanya hati dan perasaan sahaja yang tahu, tahu akan keperitannya deritanya seksanya. Rahsia hati hanya Tuhan saja yang tahu dan hanya Tuhan saja tempat mengadu segala apa yang aku pendam. Mungkin hati ini akan tenang bila hasrat disampaikan atau diri ini di jemput Illahi. Andai aku masih kamu sayang..andai aku masih kamu rindu..kamu ucap lah dengan hanya satu perasaan yang betol betol lahir dari hati.

Sampai sini saja luahan hati aku yang tak seberapa. Mungkin ini hanya setengah saja perasaan dari hati aku. Terima kasih sebab kamu membahagiakan aku..sebab kamu hadir dalam hidup aku. Hanya kamu sentiasa dalam hati aku dan kamu tahu itu. " bby, abg sayang bby sangat sangat..abg nak sangat cakap benda nih arah bby hari hari macam dulu tapi abg faham keadaan bby sekarang. Biar lah abg pendam saja" Aku akan tetap tunggu kamu, Nurizan Amit.


P/S : mlm nih dia macam marah aku..merajuk ngan aku. huhu. minta maaf bby syg. tak ada niat pun bby. I love you.

Thursday, January 9, 2014

*** Rindu ***

Assalamualaikum




Aku merindui diri nya.


Diri nya yang sentiasa di sayangi.


Masih ingat kan? :)




P/S:  Ngah dengar lagu sambil menunggu mata mengantuk. Petang tadi bukan main ngantuk lagi.
 

Saturday, January 4, 2014

*** Lagu ***



Ikhlas ku nyatakan
kau yang ku cintai
kau yang ku sayangi
walau tidak mampu ku miliki
p/s : ter'bad mood dengan dia tadi. Maaf sangat sangat. Tak sedar perasaan abg cam tu.



Friday, January 3, 2014

*** What i feel? ***





It what i feel.

 So many 'sometime' but that true.

 Yup, i really miss u. Miss u fromthe bottom of my heart.

Always care of you.



P/S : Maaf kan abg dengan semua yang terjadi.

Wednesday, January 1, 2014

Happy birthday

Happy birthday to me. Yeayyyy. i'm 19 years old. Ok. Don't change it. hahahha. So thnkz to all my friends yang wish..sentiasa mendoakan aku..panjang umur..murah rezeki and cepat kawen. hihihi tak ada wish lain ka tu? apooooo. And the special one yang wish, and berharap dia orang pertama wish..pewitttt. hihihi memang dia orang pertama pun. Tengahmalam bagi wish bergambar..dah pagi bagi wish audio and text. hahaha. Pandai jua berpart wish nya. By the way thnk you so much. "happy birthday LOVE". Love tu.haha.


Perbualan.

Tinggal 21 jam saja lagi sekolah dah nak buka di brunei nih. So kerja kau as guru pun dah nak start la jua kan. (Jadi kenapa?)

Persiapkan la diri dengan dugaan yang akan kau tempuh esok. Andai kerja yang di beri nanti makin bertambah, kau jua yang stress..ya kan?! ( A'ah)

Kerja sekarang nih kau dah siapkan? (Belum..belum gerak gerak lagi nih)

Kenapa? Susahkah? (Tak susah mana pun cuma belum ada mood nak wat keja...ko membebel nih kenapa haaa? Bikin stress ja aku melayan)

Aku bukan membebel...aku just ingat kan kau saja. Ye la esok dah nak start kerja..kerja yang sekarang kau nak buat belum lagi gerak gerak. Kalau belum gerak bila nak gerak nya? (Aku tunggu mood aku datang laaa..relex relex dulu)

Mood kau nak datang tu bila?! Kalau mau relex sampai bila mau gerak nya. Kereta kalau belum dihidupkan bila nak jalannya..ya kan?! ([sesak jua aku dengan dia nih...] Ya laaa..nak start buat la nih. Ingat best ke wat keja kalau mood belum datang.)

Tolak tepi la mood tu. Siap kan keja keja kau tu baru kau layan mood kau yang tah apa apa ntah. Dari hari tu asyik mood mood mood. Bermasalah mood betol kau nih. (Biar la..yang kau sibuk nih kenapa? Mood aku bukan mood kau...adoiiiyaaaa stresss pulak aku laaaaaa)

Hahaha...aiii kesian aku tengok kau nih. Cam nih la aku nasihatkan kau. Dalam hidup nih ada kalanya kita di atas kita di bawah. Kalau kita jatuh merangkak la..merangkak sampai kita dapat bangun kembali. Mustahil hidup kita hanya di bawah saja dan mustahil hidup kita sentiasa di atas saja. Perbaiki la mind set kita. Suci kan la hati kita. dan jangan di lupa berdoa kepada Allah dalam keadaan senang mau pun susah. Dan bermohon la In Sha Allah, Dia akan kabulkan setiap permintaan kita cuma cepat ataupun lambat saja. ([Diam, hati mula tersentuh])

Sekarang dah tahun baru. Mula kan la hidup kau yang baru. Buku lama kau simpan dan tak salah kalau kau imbas kembali buku lama tu cuma jangan saja kau fikirkan. Ingat. ([Hanya menundukkan kepala dan berfikir])

Dan sekarang...siapkan keja keja kau tu. berapa jam saja lagi tinggal. (Auwww)

**Awards**

**Awards**

♥ KATA-KATA CINTA ♥

cinta lahir tanpa lafaz...cinta hadir tanpa sedar...ku genggam ku pendam...cinta semadi dalam..♥ ♥ ♥