CINCIN??! Memakai cincin tidak dilarang oleh sesiapa baik pompuan mahupun lelaki. Korang misti tau kan apa itu cincin dan tau macam mana bentuk cincin..tak kan tak tau..malu lahh dah besar panjang tak tau bentok cincin..hishhh...Cincin itu bulat dan bermacam-macam corak yang terukir pada cincin. Dan cincin ada yang di perbuat dari emas..perak. Korang kena tau cincin emas hanya sesuai untuk kaum hawa dan di haram kan kaum adam memakainya..nak tau sebab apa..sebentar lagi saya kan bagitau or mayb korang semua sudah tau sebab nya kan tapi tak lengkap entry aku kalau tak menerangkannya kan :p .
hanya untuk kaum hawa
hadits Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah saw melihat sebuah cincin dari emas ditangan seorang laki-laki maka beliau saw pun melepas dan membuangnya. Dan beliau saw bersabda,”Salah seorang diantara kalian sengaja menginginkan bara api dari neraka dengan mengenakannya (cincin emas) ditangannya.’ Kemudian dikatakan kepada laki-laki itu setelah Rasulullah saw pergi,’Ambillah cincinmu dan manfaatkanlah.’ Orang itu berkata,’Tidak, demi Allah aku tidak akan mengambilnya selama-lamanya, sesungguhnya Rasulullah saw telah membuangnya.” (HR. Muslim)
Itu la sebab nya kenapa kaum adam diharamkan memakai cincin emas, baik emas kuning..emas putih ataupun cincin suasa. Manakala cincin perak tidak diharamkan untuk kaum adam, sebab...
Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat”[Majmu' Fataawa 25/63-65].
sesuai untuk kaum adam
Haaa....dah tau hukum memakai cincin emas kan. So sekarang aku nak share cara memakai cincin atau di jari mana perlu cincin di pakai, Ada satu hadis mengatakan bahawa memakai cincin di jari telunjuk atau jari hantu adalah haram dan ia adalah tebiat kaum Nabi Lut. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.
Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :
Rasulullah SAW memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi'e dan Iman Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : '' Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)''. Hadith Riwayat Muslim.
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di jari manis dan jari kelingking di sebelah tangan kiri.
memakai cincin di jari manis di sebelah tangan kiri
Wallahu'alam
Dah tau jari mana perlu di sarungkan cincin..bagus bagus cam tu la..tapi pernah kah korang memakai cincin di jari kelingking..kalau aku memang tak penah sebab belum mencubanya..haha...kesimpulan di atas adalah bukan senang memakai barang untuk perhiasan diri kalau tidak tahu sunah Nabi SAW. hihi...sapa sapa yang nak kawen tu or yang belum tempah cincin kawen....tempah la tapi ingat cincin emas diharamkan tuk lelaki, hanya cincin perak saja boleh. Kepada yang nak nikah tu sarung la cincin nikah ke jari manis di sebelah ntah aku tak tau sebab lom kawen..nanti aku nak kawen baru aku refer kat sesiapa..
it's mine...hihihi
2 comments:
wahhh... ada dua cincin ko tu...
jengjengjeng... satu tu utk sape wehh... haha...
2 2 aku punya...nak masuk kan ke jari pompuan konfem longgar punya....hihihi
Post a Comment