Pages

Friday, February 28, 2014

*** Alhamdulillah ***

Assalamualaikum...haii. Ermmm syukur alhamdulillah kita masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya. Kita tak tahu apa jadi di hadapan tapi sentiasa la berdoa untuk di beri kelancaran perjalanan kita ini. Dan aku bersyukur walaupun diberikan kesihatan yang kurang memuaskan tapi aku masih di beri nyawa dan merasai kesakitan ini. Kesakitan yang tidak di minta dan jarang aku lalui. Mungkin ini sebahagian dosa dosa terdahulu atau yang lepas.

Alhamdulillah juga, aku di beri cabaran dalam hidup dan aku menempuhi segalanya dengan tenang walaupun ada rasa resah..kusut tapi bila mengingati Dia..dan memohon diberikan kesabaran di dalam hati..alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa walaupun keadaan tak seperti dulu.

Cabaran di dalam pekerjaan, Alhamdulillah..walaupun secara spontan mengajar bila di perhatikan tanpa di beri tahu. Dengan izin Allah dan pertolongan yang di minta..semuanya berjalan dengan lancar. Dan feedback yang di beri sungguh tak di sangka "well done" "excellent" "keep it up". In sha Allah, kalau kita ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kita buat..imbalannya yang kita terima tak kan sangka..mungkin terbaik untuk kita atau lebih baik untuk karier kita.

Kita ada Allah..Allah sentiasa ada untuk kita..Dia sentiasa melihat..mendengar rintihan mahluknya. Mohon la doa walaupun dengan cara apa pun In sha Allah akan dimakbulkan. Aaaminnnnn.

Wednesday, February 19, 2014

*** Happened in my school ***

Assalamualaikum wbt

KERASUKKAN

where it's happened in my school

we do not expect this will be happen

but this is an experience for us at that time.

But what really surprised me when our headteacher yell for help 

" Cikgu Khairul!! Cikgu Khairul!! Cikgu Helmi!! tolong!! ke mari!!!"

This is a first time i heard our headteacher yell..maybe she is afraid. Hihihi.

And the funny is, when i see our second headteacher run and want to get that boy. Hahaha. I laugh inside my heart. okey. hihihi.

what is not best, when the boy is kicking my stomach. Fuhhh imagine people are kerasukkan, he strong. Huhuhu..very hurt.

Now everything okey. Hope its not be happened again.


Until here. Thankz. SYS.


P/S : aku aku perlu cinta dari mu kamu buat penyeri hari hari ku..
Oh kamu..kamu adalah sumber ilham ku aku ingin bersamamu di setiap suka dukamu.

Sunday, February 16, 2014

*** Aktiviti awal pagi ini ***

Assalamualaikum wbt

Today I sent my parents to the airport.

Dad have course at Singapore. 

Just for 6 days only.



 My Self


 Before arrived to the airport, we breakfast first.


My parents.


Miss dem right now. 

Fuhhh.

Hope they always ok there. 

And see dem next week In sha Allah.

And miss u also. You know who you are.











 
P/S : aku gagal lagi main ccs level..level bepa dah nih. Lupa. hihihi





Saturday, February 15, 2014

*** Rajin pulak ***

Assalamualaikum wbt

Ermm lately nih aku rajin pulak update blog. Ntah kenapa. Aku sendiri tertanya kenapa? Tapi tak kisah la. Yang penting aku update..orang baca or tak tu belakang punya cerita. Cerita sekarang aku dah buat dia marah..buat dia merajuk...buat dia hilang mood. Sepatutnya memang tak leh la aku nak cakap pasal benda yang dah lepas tapi ntah napa ringan ja rasa tu bercakap. Dan sekarang susah pulak nak dapat maaf dari dia. Aku text dia pun..pendek ja replynya. Jam sekarang nih dia tengah keja..better jangan kacau dulu tapi sekejap sekejap tengok wassap dia (kes rindu kali).

Next cerita, yang aku dapat dari newspaper tentang our school. Sempat juga la snap...hihihi.

 Nih jemputan yang sempat aku copet. Hihihi.

Mentei Pendidikan at our school but i'm not in that school at that time. Feel hot if i remember that again (is my english wrong?:D).

 Menteri Pendidikan

Okey sampai di sini dulu. SYS.

P/S: Menunggu text dari dia...tak ada. Tapi tak pa la. Take time. Jangan kacau dia. Give her space.  *tutup mata dan ingat dia*


Thursday, February 13, 2014

*** Nothing to do ***

Assalamualaikum wbt

Berjumpa lagi kita hari nih bepa jam kemudian. Hahahaha. Macam kanak kanak ribena la pulak. Tak sesuai. Kena ajuk aku nanti.


Ini la yang aku buat dari tadi. Pagi driving..petang mula rasa bosan. Buka la laptop and taraaaaa. Wat entri blog. hihihi


P/S : mau siap siap kan magrib.

*** Tentang Hari Ini ***

Assalamualaikum w.b.t.

Entri panjang pendek nih saja untuk hari nih. Sebab aku tengah boring..once again BORING. Hahhaa...macam stress pulak bila rasa boring nih. Aiyaaaa...wat kaja stress tak wat kaja stress. Macam macam betul la.Tapi sekarang nih aku ada masa pulak wat entri blog sebab aku tengah free. 2 3 hari sebelum nih aku bizi ngan keja sekolah. Keja sekolah bukan mengajar..bukan marking tapi dengan latihan hari penyerahan bendera kecil kepada 4 buah sekolah termasuk sekolah aku. 

Hanya Tuhan saja yang tahu kepenatan kami. Paling letih di hari terakhir persiapan sebelum event berlangsung (hari nih). Macam macam kena settlekan. Almaklum everthing must look perfect. Ada yang stay sampai ke malam dan aku surrender just sampai petang ja. Sebab rasa dah nak demam..kepala dah mula sakit.

Hari nih event di sekolah. Banyak spoil. Spoil sebab aku kena ganti guru untuk event di bandar. Muzikal Drama. Letih letih aku settle kan persiapan untuk event di sekolah last last hari nih kena suruh ke bandar ganti guru. Alahaiiii. Walaupun rasa tak bepa ok tapi kena juga la. Menolong kan kalau tak tolong nanti mereka berkata kata. Tapi yang paling aku rasa sakit hati dan tak puas hati bila aku dah nak sampai ke bandar ada call beritahu " mie nda payah tah ko turun bandar..kami saja tah handle murid d cni" What The H***. Spoil. Ingat dekat bandar n KB. Macam lima minit ja kan..suka ku ngan cara dorang ani. Amalkan selalu. Mau marah lama lama pun apa guna hari hari gak la jumpa muka mereka. Just forget it.

Next event masih dengan acara hari kebangsaan tapi tak tahu hari apa. Rasa nya kalau macam nih hari hari baik tak payah mengajar la kan..murid tak payah belajar. Sibuk dengan acara sekolah ja sepanjang tahun. Ataupun ajar murid tentang persiapan acara dalam sekolah. Hahaha. Kes sakit hati. Pengajaran banyak tinggal. Kena catch up dari mula, almaklum murid nih kalau dah tak belajar bepa hari cepat lupa. 

Until here i writing..i typing. SYS. 

P/S: Rasa mau wat entri pendek tapi dah terbiasa wat panjang...layan ja la. Mau kacau si dangan tu petang petang cam nih macam takut salah timing lak. Nanti kena marah pulak tak pasal pasal.

Sunday, February 9, 2014

*** Big Present ***

Assalamualaikum

Haaaaaa...baru mau melupakan pasal blog. Tetiba lak teringat kan. Nasib baik tapi macam kena ingat pulak hahaha. Astagfirullah Al'haziim. tersengih aku wat entry nih. Entah kenapa...aku tak tahu..hihiihi. Aiiiii..stop laughing please!! hihihiihi..

Next entry nih aku nak share 1 present..hadiah..kira big present. Tak sangka sebenarnya dapat hadiah nih. Oh My God. OMG! OMG! Sepanjang hidup 19tahun ( make our self like young...cikgu english ngam ka? hihihih) dapat hadiah yang macam nih. Ingat hadiah yang nih aku dapat lepas aku kawen rupanya jeng! jeng! jeng! So very thnkz to my stepfather tapi aku tak anggap dia stepfather..aku or kami anggap dia bapa..ayah..abah kandung. Walaupun ayah dah lama tak ada..dia la pengganti hero..idola dan ketua keluarga. Sekali lagi terima kasih..thank you abah@babah for the big present. Jangan jemu jemu bagi lagi present yang besar besar...rumah ka..hihihihi.

my abah@babah

 Ford Ranger

 dapat kereta baru kena ada style

Ok tak? hihihi

Sampai sini saja dulu. Next entry be coming soon. Hihihihi. Tadi mata rasa kan mengantuk tapi bila dah wat entry nih..hilang dah rasa tu. Kena cari mood ngantuk la jawab nya nih. Aku seru! Datang la!

P/S: Tengok Facebook mau main itu CCS Candy Crush Saga...tengok Level la..hihihi

*** Apa yang berlaku... ***

Assalamualaikum

Permulaan setiap bicara yang akan diajukan...dilontarkan...dikeluarkan dari mulut seorang muslim dan muslimat. (intro beb)

Okey bulan Januari telah melabuhkan tirainya. Suka duka tangis tawa sentiasa mengiringi perjalanan hidup aku sepanjang bulan januari. Dengan sokongan ahli keluarga dan kata-kata semangat mereka sentiasa bermain di dalam diri aku..di dalam ingatan aku. Di atas sejadah aku bermohon di beri kekuatan..kesabaran..ketenangan untuk semua ujian..dugaan yang hadir tanpa di undang. 

Masalah demi masalah...dugaan demi dugaan..ujian demi ujian hadir dari pelbagai bentok. Masalah kerja..masalah keluarga..masalah diri aku sendiri. Aku boleh katakan masalah kerja bila pada awal bulan nih memang banyak. Tanggungjawab dan tugas yang di beri kena laksanakan tanpa rela hati. Mana mau handle tugas...handle murid..handle kerja tuk mengajar. Ini la perasaan aku sepanjang bulan januari on the way ke bulan februari. Hihihi.

minggu pertama dan kedua boleh mengajar lagi. Cuma nak cari bahan ngajar tuk tahun 4 je aku masih tercari-cari dan masih mengulang kaji. Haaaa bukan je murid perlu ulangkaji..cikgu pun perlu. Sebab apa yang di ajar nanti tak salah.  

 masuk minggu ketiga kepala mula pusing. Ini bukan apa, sebab nya banyak buku kena marking. Nak beri short test kat student, sejauh mana kefahaman mereka sepanjang pengajaran aku. Pastu lesson ada clash sikit dengan  acara kat sekolah.

Minggu ke 4 dan dah masuk bulan februari mula sibuk dengan acara besar. For National Day iaitu penyerahan bendera-bendera kecil kepada 2 ke 3 buah sekolah termasuk sekolah aku dalam daerah belait nih. Pengajaran ketinggalan, students ada yang involve dalam acara nih nanti.

Ok la nih ja dulu entry aku for today. Next entry will be coming soon. And sorry kalau ada ayat yang bercampur dengan english. Biasa la tu kan, blog bukan formal sangat..blog suka suka hati aku la kan. Hahahaha. Ada aku peduli. :D :D :D

P/S: nak tambah entry baru kejap lagi maybe lepas maghrib nih or lepas isyak nanti. In sha Allah.

Sunday, January 19, 2014

Lagu lagu qasidah.

Assalamualaikum

Selamat pagi.

Tergerak hati nak buat entry di hujung pagi hari minggu nih. Sekejap lagi dah nak tengahari.  Walaupun kepala  nih ngah sakit tapi di gagahi/ dicekalkan jua. Ya la kan..kalau nak rehat kepala nih dari tak memikirkan semua benda memang tak boleh. Otak akan sentiasa berfikir itu kenyataannya. Dengan kata lain, jangan memanjakan diri sendiri, sekali sekala kena la berkeras.

Lately nih ermm akhir-akhir nih aku macam terbuai dengan lagu-lagu qasidah, bermulanya di dalam laman youtube, di dalam radio. Ntah kenapa, aku pun berfikir, kenapa sebelum nih aku tak meminati lagu-lagu qasidah. And now, telinga aku 'terbuka' dengan mendengar alunan lagu lagu qasidah. Subhanallah. MasyaAllah. Alunannya menenangkan jiwa, hati , fikiran. Ayat-ayat yang banyak makna tanpa aku sedari selama aku hidup. Astagfiruallah. Sungguh jahil aku di bumi ciptaan Mu Ya Allah. Aku hanya menunaikan setiap suruhan Mu tapi aku tak pernah ambil tahu makna setiap ayat-ayat Al-quran ciptaanMu.

La Tahzan Rabbuna Ma'ana
La Tahzan Innallaha Ma'ana
"Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita"

Ini lagu yang pertama kali aku dengar bila telinga nih ingin mendengar lagu lagu keagamaan. MasyaAllah video mengenai bumi gaza, mempertahankan bumi gaza yang sentiasa berjuang fisabilillah.

Ya hanana 
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
"Betapa Beruntungnya Kami 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT"

Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
 Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


Ya Badrotim
"Wahai Purnama"

Aku belum dapat memahami maksud qasidah ini. Adakah maksud nya ahklak umat Nabi Muhammad atau junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.?

Rasa nya sampai di saja aku dapat share lagu lagu qasidah yang baru aku dengar. In sha Allah, kemudian hari aku share lagi. Andai salah pemahaman, maksud, mohon dimaafkan. Yang baik dari Allah..yang buruk dari saya sendiri. Assalamualaikum.

P/S : Tengahhari baru siap wat entry nih. Ingat mau siapkan before tengahhari. Itu la kita hanya merancang.

Monday, January 13, 2014

*** Apa Yang Aku Rasa ***

Terhitung waktu, masa, hari, bulan dengan apa yang terjadi sekarang nih, aku minta maaf dari hujung jari ke hujung kaki  yang ada di sekeliling ku jika aku ada menyusahkan, membebankan secara langsung dan tidak langsung terutama orang yang aku sayang.

Mungkin sampai sekarang nih kamu tak pernah mengharapkan aku ada di hari hari mu. Kamu mengatakan sayang sebab kamu takut. Aku sedar kalau aku tidak pantas untuk di kenang kerana kehadiran aku hanya sesaat di hari hari mu dan tidak membawa apa apa makna pun untuk kamu. Mungkin kehadiran ku seperti pelita yang menyinari hari hari mu hanya seketika.

Jika aku dapat memilih, aku ingin kita seperti laptop yang memerlukan plug untuk terus bersama selalu (hihii). Kerana plug berusaha menghidupkan atau memberi nyawa kepada laptop. Sama seperti aku berusaha menyayangi diri mu dan mungkin sayang mu tak seperti dulu dan aku tahu kenapa sebabnya. Ingin aku mengatakan aku sayang kamu walau hanya sekali tapi keadaan belum mengizinkan. Aku cuma mampu bersabar dan terus bersabar walaupun ada ketikanya hati ku memberontak. Sebab kamu sangat bermakna wat diri aku.

 Sayang, cinta, rindu...hanya hati dan perasaan sahaja yang tahu, tahu akan keperitannya deritanya seksanya. Rahsia hati hanya Tuhan saja yang tahu dan hanya Tuhan saja tempat mengadu segala apa yang aku pendam. Mungkin hati ini akan tenang bila hasrat disampaikan atau diri ini di jemput Illahi. Andai aku masih kamu sayang..andai aku masih kamu rindu..kamu ucap lah dengan hanya satu perasaan yang betol betol lahir dari hati.

Sampai sini saja luahan hati aku yang tak seberapa. Mungkin ini hanya setengah saja perasaan dari hati aku. Terima kasih sebab kamu membahagiakan aku..sebab kamu hadir dalam hidup aku. Hanya kamu sentiasa dalam hati aku dan kamu tahu itu. " bby, abg sayang bby sangat sangat..abg nak sangat cakap benda nih arah bby hari hari macam dulu tapi abg faham keadaan bby sekarang. Biar lah abg pendam saja" Aku akan tetap tunggu kamu, Nurizan Amit.


P/S : mlm nih dia macam marah aku..merajuk ngan aku. huhu. minta maaf bby syg. tak ada niat pun bby. I love you.

Thursday, January 9, 2014

*** Rindu ***

Assalamualaikum




Aku merindui diri nya.


Diri nya yang sentiasa di sayangi.


Masih ingat kan? :)




P/S:  Ngah dengar lagu sambil menunggu mata mengantuk. Petang tadi bukan main ngantuk lagi.
 

Saturday, January 4, 2014

*** Lagu ***



Ikhlas ku nyatakan
kau yang ku cintai
kau yang ku sayangi
walau tidak mampu ku miliki
p/s : ter'bad mood dengan dia tadi. Maaf sangat sangat. Tak sedar perasaan abg cam tu.



Friday, January 3, 2014

*** What i feel? ***





It what i feel.

 So many 'sometime' but that true.

 Yup, i really miss u. Miss u fromthe bottom of my heart.

Always care of you.



P/S : Maaf kan abg dengan semua yang terjadi.

Wednesday, January 1, 2014

Happy birthday

Happy birthday to me. Yeayyyy. i'm 19 years old. Ok. Don't change it. hahahha. So thnkz to all my friends yang wish..sentiasa mendoakan aku..panjang umur..murah rezeki and cepat kawen. hihihi tak ada wish lain ka tu? apooooo. And the special one yang wish, and berharap dia orang pertama wish..pewitttt. hihihi memang dia orang pertama pun. Tengahmalam bagi wish bergambar..dah pagi bagi wish audio and text. hahaha. Pandai jua berpart wish nya. By the way thnk you so much. "happy birthday LOVE". Love tu.haha.


Perbualan.

Tinggal 21 jam saja lagi sekolah dah nak buka di brunei nih. So kerja kau as guru pun dah nak start la jua kan. (Jadi kenapa?)

Persiapkan la diri dengan dugaan yang akan kau tempuh esok. Andai kerja yang di beri nanti makin bertambah, kau jua yang stress..ya kan?! ( A'ah)

Kerja sekarang nih kau dah siapkan? (Belum..belum gerak gerak lagi nih)

Kenapa? Susahkah? (Tak susah mana pun cuma belum ada mood nak wat keja...ko membebel nih kenapa haaa? Bikin stress ja aku melayan)

Aku bukan membebel...aku just ingat kan kau saja. Ye la esok dah nak start kerja..kerja yang sekarang kau nak buat belum lagi gerak gerak. Kalau belum gerak bila nak gerak nya? (Aku tunggu mood aku datang laaa..relex relex dulu)

Mood kau nak datang tu bila?! Kalau mau relex sampai bila mau gerak nya. Kereta kalau belum dihidupkan bila nak jalannya..ya kan?! ([sesak jua aku dengan dia nih...] Ya laaa..nak start buat la nih. Ingat best ke wat keja kalau mood belum datang.)

Tolak tepi la mood tu. Siap kan keja keja kau tu baru kau layan mood kau yang tah apa apa ntah. Dari hari tu asyik mood mood mood. Bermasalah mood betol kau nih. (Biar la..yang kau sibuk nih kenapa? Mood aku bukan mood kau...adoiiiyaaaa stresss pulak aku laaaaaa)

Hahaha...aiii kesian aku tengok kau nih. Cam nih la aku nasihatkan kau. Dalam hidup nih ada kalanya kita di atas kita di bawah. Kalau kita jatuh merangkak la..merangkak sampai kita dapat bangun kembali. Mustahil hidup kita hanya di bawah saja dan mustahil hidup kita sentiasa di atas saja. Perbaiki la mind set kita. Suci kan la hati kita. dan jangan di lupa berdoa kepada Allah dalam keadaan senang mau pun susah. Dan bermohon la In Sha Allah, Dia akan kabulkan setiap permintaan kita cuma cepat ataupun lambat saja. ([Diam, hati mula tersentuh])

Sekarang dah tahun baru. Mula kan la hidup kau yang baru. Buku lama kau simpan dan tak salah kalau kau imbas kembali buku lama tu cuma jangan saja kau fikirkan. Ingat. ([Hanya menundukkan kepala dan berfikir])

Dan sekarang...siapkan keja keja kau tu. berapa jam saja lagi tinggal. (Auwww)

Monday, December 30, 2013

I'm happy.

Assalamualaikum..selamat malam semua blogger or non blogger. Just a short entry..serious memang pendek entri nih. Percayalah. hihihihi. Just say..i'm happy..happy with the moment yang terjadi tadi. Pada mula dia ada cakap "love u" wahh tetiba kan..sapa yang tak hairan kan. Nak balas balik takut dia salah send ka..takut dia cakap aku perasan ka. kan kan kan. so aku cakap la "salah antar ka?" sekali dia merajuk ( merajuk la kot sbb dia ada cakap dia sedey hihiihi)..terus cakap "salah antar..k bye". Fuhhh..kalau aku tau tu betol..memang aku balas terus..tu la words yang aku tunggu dari dia 3 bulan yang lepas. So borak punya borak sampai aku tau dia macam bad mood..so aku slow kan sikit perbualan sampai la ke 1 tahap..yang aku rasa macam tak percaya. Serious memang tak percaya. Bab masuk meminang. Wahhh. Green light dari dia. Bercinta lepas nikah. Berdebar rasa nya dan akan dibincangkan ngan family lam hal nih.

Memang aku tak tahu nak cakap apa sekarang nih. Perasaan macam-macam ada. Perasaan cinta berputik kembali. Tapi aku kena la kawal dahulu perasaan nih nanti aku yang merana sendiri. Tapi tak kisah la..sebelum nih aku sanggup tunggu dia dan akan tetap tunggu dia sampai dia jadi milik orang lain. Tapi now dengan apa dia cakap tadi..in sha Allah dia akan jadi milik aku.

For u sayang. baby i love u so much..i miss u so much. Abg akan setia ngan bby dari kita mula bercinta sampai la kita dah putus sekarang nih dan juga akan setia sampai bila bila. Hati abg ada bby seorang ja..nada yang lain even bby penah cakap cari lain tapi bagi abg tak ada yang lain selain bby seorang ja. I'm happy with u.

p/s: Leh tido lena la lepas nih. Before nih..ala-ala ja. Feeling in love. But..sapa la yang berlagu tengahmalam buta cam nih haaa. Tak tahu orang nak tido ke apa ke. Kejap kecil kejap besar ja bunyinya.

Sunday, December 29, 2013

Vacation with family.

Assalamualaikum. haiii..sekian lama tak update blog and tak tau bepa lama dah tinggalkan blog, rasa nya berbulan jer kot. Hihihi so biarkan la ye kenapa mengapa. Just a short update je nih. Actually baru balik dari holiday..vacation with famili ke Kuala Lumpur. Boleh di katakan..amazing place. memang fuhh. First time aku jejak kaki ke sana memang tak leh nak cakap apa la..lam hati just tungkal@takut dengan keadaannya..tau je la kalau dah fikiran nih dah terpengaruh ngan cerita lam television..macam-macam la tu kan. hihiihi.

first day kat Kuala lumpur lepas jer check in hotel terus ke Pavilion.

Hohohoho...merry christmas!!! Sampai sana dah chirstmas kan. hihihi. Hohoho.
 
Ini tempat yang saya and famili pergi. walaupun kat sana banyak kereta..sampai jua ke destinasi yang di tuju. hihihi





Times Square Theme Park. Hanya cukup sekali je main...SURRENDER.
 

 Ini makanan yanng sempat di snap. hihihi. Ayam turkey the best. Tq uncle teksi belanja makan n tumpang tido kat rumah sekali.

Ini je yang aku dapat beli. Mahal-mahal eh barang kat sana. even mahal tapi berquality. cantikk hihi.

Even macam biasa jer tapi lawa. last minit beli juga nih. ihihi

So itu je la..vacation with famili 5 hari 4 malam. Walaupun macam-macam dugaan bila kat sana tapi kena la sabar sebab sabar itu separuh dari pada iman. In sha Allah panjang umur, di murah kan rezeki akan jejakkan kaki di sana lagi. In sha Allah.


 



Friday, November 29, 2013

merapu meraban. hahaha

Assalamualaikum
selamat malam

Entry yang tak rasa nak buat tapi kena buat sebab dia tu. haaa dia tu la. saja nak ketawa kan ayat-ayat dalam entry ku kan. suka hati la nak tunggang langgang ayat lam entry ku nih. ada ku kisah. hihihihi.
so malam nih aku tengah mem'format' hp aku. Paksa research cara nak format hp lam youtube. ihihih. bukan reti lam bab-bab nih pun even dah bepa kali format. hihihi.
Ermmm apa lagi eh. aku rasa belum nak tido tetapi esok keja. yes esok last day at school. haaa...ada keja..ada keja..ada keja menanti esok. tunggu dan tengok la nanti. Memang tak nak tengok orang duduk senang di hari terakhir di sekolah. Haaa sebab terlupa sebab ada dia ada bagi idea tadi. yes you. Congrate to my stdnts walaupun result ada yg bagus ada yang tak tapi tu dah kira baik sebaik yang kamu mampu buat. Alhamdulillah walaupun ada guru-guru lain cakap kamu susah nak di ajar. you prove it. yeayyy.

SORI SAMPAI DI SINI. SEBAB SIBUK MEN'FORMAT HANDPHONE. HAHAHA. kepada orang tu..ermm bby hahaha ok la kan ada idea abg kan. haahhaa

p/s: tengah selsema. hidung tersumbat. esok kerja hope esok ok.

Monday, October 28, 2013

Lelaki dengan novel

Assalamualaikum @.@

Next entry ku untuk tengah malam nih. 1st of all, alhamdulillah selesai dah menjaga murid yang menduduki peperiksaan besar iaitu PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR). Everything berjalan lancar. Balik sekolah pun lancar sebab leh balik awal. hihiihi. Tapi masalah kereta tetap ada. Mungkin nih ujian kecil yang Dia beri and aku terima saja takdirnya. :D:D

kereta ku ada hello kittry..haha..xade la..tu semangat aku n dia sentiasa ada ngan aku

Stop pasal kereta or cerita-cerita kat atas tu. Actually aku nak wat entry tentang LELAKI YANG SUKA BACA NOVEL. Ini bukan isu. Aku cuma nak pendapat and pandangan orang luar. Pandangan orang luar terdiri dari rakan FACEBOOK ku.Cewahhh hihihi. Sanggup aku bertanya melalui FB chat, nak tau segera apa pandangan mereka. If yang tak tertanya tu..sori..arah lam whats app ada kan. :D:D So nih setengah dari pendapat mereka,
Joey - wasalam..hai..pada pendapat saya kan banyak kesan negatif dari positif dari membaca novel ni...jika dilihat pada sudut orang lelaki yang suka membaca novel ia agak ganjil kerana selalunya orang perempuan yang suka membaca novel. Kesan negatif yang kemungkinan akan berlaku adalah masalah emosi kerana kebanyakkan novel yang banyak berada di pasaran adalah novel2 berunsur cinta...jarang sekali orang lelaki suka membaca novel2 berunsurkan sejarah mahupun perjalanan hidup seseorang. Apa2 pun salah org lelaki membaca novel asalkan jalan cerita nya tidak terbawa2. Pada sayaan tak salah org lelaki membaca novel asalkan jalan ceritanya tidak terbawa2 di dalam kehidupan dan karetornya,


Syahirah - wasalam...owh ok la tu, menambah ilmu, lelaki pun suka romantik2 nih.. tu yg suka baca novel tu,

Aku - tq for ur opinion. lelaki yang romantik ada yang xbc novel is it?

Syahirah - Ada jugak,  .selalu lelaki yang suka romantik ni misti berjiwa lembut...tapi tak bermakna dia lembut ye. i mean mayb sensitive.

Fakhrul - Ok je laki bace novel..dapat matangkn fikran..

Ieqa -
Hurmmm
Ika rasa lelaki yang selalunya gemar baca novel ni kebanyakkan diorang bejiwa sensetif
Even luaran nampak keras.. tapi dalam hati ade taman hehe

Red - Ok. .. hobi masing2

si rama-rama - Pandangan saya sangat bagus..perlu diteruskan membaca novel tu. Membaca ni bukan saja perlu di terhadkan pada bahan ilmiah tetapi juga pada bahan bacaan lain seperti hiburan. Novel juga tak diterbitkan khas untuk pembaca wanita tetapi juga sesuai tuk lelaki.( part nih macam lari dari soalan asal..lain di tnya lain di jawab hihi..so saya tanya dia balik )

aku - so pandangan anda kat lelaki yg suka baca novel nih cam na?

si rama-rama - xada masalah. Any gender can read novels. Bagi saya tak semua lelaki yg baca novel ni seorang yang romantik, sensitif. Ada pun mungkin terikut-ikut dengan watak dalam cerita novel. Depends dengan individu itu sendiri. Kita tak boleh lah cakap lelaki kalau baca novel tu secara mendalam, maybe ada yang suka baca novel juga untuk isi masa lapang ataupun minat. Segelintir mungkin baca secara mendalam and teliti. (nih baru tak lari dari soalan yg diajukan...hihih sori)

Ateyn - Wslm. .lelaki yang baca novel ek? Seorang yg berjiwa halus dan teliti mungkin. .

paah - Wasalam.erm pandangan saya.membaca itu sendiri amalan yang bagus.xkisah la apa jua bahan bacaan tersebut.dengan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan.jika dikhususkn kepada bahan bacaan novel,slalunya novel ni tentang cinta.pendapat saya lelaki yang demikian bersikap romantik an sdensitif.and mungkin dari membaca novel dia lebih peka tentang perasaan.ok apa lelaki baca novel.janji ada minat membaca. Terima kasih kembali


 
Sara - Wslm...hihi...ke sara pulang tanyanya...biasa saja pada sara,macam hobi2 yang lain jugak.tapi mungkin orang itu,seseorang yang sedikit sentimental tentang hal2 kehidupan...sebab slalunya novel ni msti kisah hidup,samada cinta sesama manusia atau kepada yang esa.

Itu lah pendapat-pendapat mereka. Ada yang simple tapi tak kisah la janji ada yang sudai beri pendapat. Thankz my FB frenz. So conclusion nya, orang lelaki yang suka baca novel nih seorang romantik, juga seorang yang sensitif tetapi tidak semua yang baca novel macam tu..betol kan? So tak salah kalau aku berjinak-jinak dalam membaca novel tapi kalau ada rasa mau baca la. Sebab ari tu ada baca novel lam internet tapi tak ingat tajuknya, memang best baca novel nih..lupa sekejap keada sekeliling. :D:D

p/s : wat entry berteman kan lagu-lagu n si dia..cewahh..rindu lak aku ngan dia. dah rindu timbul la sayang kan. ermmm

Tuesday, October 22, 2013

Exam is coming.

Assalamualaikum..next entry for today. Lately nih bizi sikit ngan aktiviti-aktiviti sekolah, dengan kertas exam, dengan student tahun 6 yang akan menduduki exam besar PSR( start today exam PSR mereka). For next week student tahun 5 pulak. Oral text aku belum jalan lagi.Cuma 1 hari ja untuk test oral mereka. Suka sangat wat kaja last minit, haa nih la jadi nya. Semua kelam kabut, padahal semua di atur lancar. Nasib aku la kali.


 jadual exam PSR tahun 6.

jadual exam akhir tahun

19hb Oktober 2013 - Sabtu

Majlis tawakal dan sembahyang hajat bagi murid-murid tahun 6 yang diadakan di dewan intan. 



















p/s: wat entry nih aku leh tertido. wahh 1 lebih dah. esok kerja la.

**Awards**

**Awards**

♥ KATA-KATA CINTA ♥

cinta lahir tanpa lafaz...cinta hadir tanpa sedar...ku genggam ku pendam...cinta semadi dalam..♥ ♥ ♥